blog saya


Tuesday 17 June 2014

bernafas di bumi syam

bismillah...syukur kepada Tuhan Maha Kuasa
selawat ke atas kekasih penghulu sekalian alam..
`

hidup ini telah perjalanannya telah tertuis di Luh Mahfudz..
Allah mencampakkan kita dimana2 pon..
semua itu terbaik buat kita..
walau manusia buat tafsiran yg perlbagai..
Namun.. Allah sntiasa merancang dengan cinta..

tanah syam Allah rhmati.. dulu lagi..
kerana tanah membesarnya para Anbiya'
tanah yang menyaksikan sinar cahaya Islam bercambah dan berkembang kepada benua lain

mengenali adat dan budaya Arab..
memang berbeza dengan tanah Melayu..
Darah Melayu yang penuh kesopann..
namun lain dengan bangsa arab..
perbezaan ini bukan untuk dijadi titik perbalahan
namun sepatutnya diraikan...

bahasa yang baru..
perlu dikerah teanga untuk dipelajari
agar komunikasi menjadi lebih mudah dengan orang awam..

musim perayaan nya..
nampak biasa..namun budaya memberi..menjemput bertandan di rumah mereka..
tersentuh hati kami.. warga asing dari kepulauan melayu..


banyak perbezaan..
sepatutnya kita akan merasa kurang senang..
namun.. kerana aqidah .. persaudaraan itu tiada sempadan...

kerana lahirnya Nabi Muhammad itu memberi rhmat..
persaudaran ini satu rhmat..
kita saling menyembah dan tunduk beribadah kepada Allah...


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat



moga diberi kekuatan..
jalani hidup dalam rahmat Tuhan
walau berjauhan dengan bonda dan ayahanda





 

Sunday 17 March 2013

wahai muslimat yang kusayangi... tutuplah auratmu

Wahai wanita tidak Bertudung...

Wahai wanita tidak bertudung,

Sungguh cantik alunan rambut mu,

Bebas menggerbang kemas terikat,

Terserlah di bawah cahaya mentari,


Mentari dunia yang tak sehebat neraka,

Iaitu api yang kan membakar rambut mu,

di hari akhirat hari penentu,

maka hanguslah segalanya,

hilanglah cantik alun rambut mu,

tiada lagi yang menggerbang,

tiada lagi yang terserlah.

Oleh itu jadikanlah diri mu,

Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertu
dung.

Wahai wanita yang bertudung,

Sungguh cantik alas kepala mu,

Ringkas pendek tersempang rapi,

Tersembul jambul tertutup dahi,

Terserlah lah bentuk tubuh,

Mengapa tidak dilindungi?

Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?

Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?

Tidakkah kau ingat,


Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,

Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,

Mereka itu wanita yang tak bertudung,

Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,

Oleh itu jadikanlah dirimu,

Sebahagian daripada mereka yang bertudung,

Bertudung labuh hingga ke paras dada.


..

..

Wahai wanita bertudung labuh,

Sungguh cantik terlindung rambut mu,

Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,

Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,

Mengaburi segala yang tersirat di hati,

hanya diri sendiri yang menghakimi,

mungkin suci ikhlas kerana Illahi,

atau berdebu dengan sebab duniawi,

riak wajah nampak tawadhu’,

riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,

alangkah ruginya andai benar begitu,

kerna azab masih tak terlepas dari mu,

serupalah sahaja diri mu ditunggu,

diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,

sama dengan mereka yang menyempang tudung,

oleh itu jadikanlah dirimu,

sebahagian daripada mereka yang bertudung,

bertudung labuh hingga ke paras dada,

tersemat jua bersamanya rasa taqwa.

Wahai wanita yang bertaqwa,

Andai kau telah sampai ke tahap ini,

Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,

Syariat islam sebati dalam diri,

Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,

Yang dijanjikan di akhirat nanti,

Dan tatkala di dunia ini lagi,

Muslimah solehah kau digelari,

Menjadi idaman setiap muslim soleh,

Yang sukar sekali untuk diperoleh,

Wahai muslimah solehah pula,

Jadilah mukminah mujahidah,

Mujahidah yang akan menyeru,

Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,

Mujahidah yang akan berdakwah,

Agar diri dan umat berubah,

Mujahidah yang akan mengajak,

Agar islam kembali tertegak.

Dengarlah wahai wanita..

Sahutlah seruan ini.....

Sunday 10 February 2013

Ilmu dan perjuangan asas kepada kecemerlangan...

assalamualaikum..sahabt sahabiat semua..selawat dan  salam keatas junjungn nabi kita.. alhamdulillah dengan taufik dan hidayat dri Allah..dapat juga berkongsi ilmu pada waktu qailullah nie..
lame dah tak menaip.. al-maklumlah ilmu tak banyak..kene g nadoh ilmu  dulu baru boleh berkongsi..
benarlah kate-kate WE MUST HAVE SOMETHING TO GIVE SOMETHING
fenomena student hari nie..
                  adik jom join iftar dengan usrahmate..
                     tak leh lar ukhti,esok ada exam..lepas iftar mesti ada kuliah maghrib.. pstu kene tidur kat surau untuk  qiam.  ..x sempat lar ana nak studi..
ntikan selalu dah studi time prep..inshaAllah boleh jawab..
asif ana rasa x ley lar ukhti..asif yer.. 

betullah..kita memang kene fokus dalam pelajaran..tpi ingat hakikat ilmu itu dari siapa??? ALLAH kan..
kalu kita belajar 24 jam pon..kalu Allah x nak bgi jugak faham..x dapat jugak kita jawab exam tuu..
Pelajaran nombor satu tpi usrah dan kerja-kerja islam,berjuang bukan nombor dua.. semuanya penting..
percayalah.. Allah telah berfirman :

A007
"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad 47:7)

jadi.. jelas sekali Allah telah berpesan kepada kita supaya membantu agama Allah..dan nescaya Allah akan bantu kita..

ilmu dalam kelas itu ialah teori dan perjuangan adalah praktikal..pepatah arab ada mengatakan:maksu
[fruit-tree.gif]
"Al-'ilmun bila 'amalin, ka syajaratin bila tsamarin.." sebuah pepatah arab..pepatah yg pendek,tapi dgn maksud yg mendalam..."Ilmu tanpa amal,ibarat pohon tiada berbuah"..

maka..sahabat sekalian diri ini tidak berguna jika dipendam ilmu itu..gunakanlah ilmu untuk berjuang,,tentang kebatilan..runtuhkan kezaliman..dengan menegakkan kebenaran.. usahlah takut.. innallahha maa'na..:)

andaikata di usia muda ini kita telah menglibatkan diri dalam perjuangan..walaupun tidak mati di medan perang..kita juga dianggap mati syahid..

A169
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;


Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah bersabda:

"Apa menurut kalian tentang orang yang mati syahid?" Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah, mati syahid adalah buat mereka yang dibunuh fisabilillah." Rasulullah bersabda: "Jika demikian saja, maka syuhada umatku sedikit." Mereka bertanya: "Lalu, siapa mereka Ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Barangsiapa dibunuh dijalan Allah itulah Syahid, dan barangsiapa mati fisabilillah itulah syahid, yang mati kerana thaun (sejenis penyakit lepra) maka dia syahid, dan siapa yang mati kerana sakit perut dia syahid." (Hadis Riwayat Muslim(3539))        ”

masa yang dilalui kita semakin menghamprir kepada kematian.. ayuhlah rakan-rakan mengorbankan masa,diri,harta dan tenaga untuk islam..ayuhlah berjuang.. cukuplah dibuai mimpi indah dunia..

A171
Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.

dalam surah as-saff telah Allah bagi kita jawapan untuk bebas dri azab api neraka yang pedih..

A010
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

jawapannya ialah:
A011
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

ganjarannya apa?? 
A012
(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.

A013
Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.


namun..mesti diingatkan bahawa dalam berjuang ilmu sangat penting.. supaya kita tahu matlamat kita.. kalaulah berjuang dengan semangat mungkin di waktu muda..tenaga masih banyak,tubuh masih kuat..tpi di waktu tua?? sibuk dengan cucu,,sakit tu sakit ni..
maka..dengan ilmu lah membimbing kita supaya tidak futur..tsabat berjuang hingga ke hujung nyawa.. :) wassalam...






Friday 25 January 2013

JUADAH USRAH.....

assalamualaikum..lame dah tak menaip di blog nie..idea tgoh kering laa..ape laa yg nak di kongsikan dengan sahabat semua..x per laa..just for fun..hari nie..ana nak kongsikan cara2 nak buat KEK BATIK.. boleh laa bawak g usrah..makan-makan..untuk jamuan..n etc..

bahan-bahan..
  1. 1 tin susu pekat manis
  2. 5 cawan milo/vico/chocomalt
  3. 1 paket biskut
  4. 5 sudu majerin   
cara-caranya..

                                                                     panaskan  kuali...
masukkan majerin dan kacau sehingga cair

kemudian masukkan susu pekat manis


kacau kedua-dua bahan tadi 

bila dah adunan tdi nampak macam dalam gambar..masukkan vico pulak

kacau sehingga sebati..
kacau lagi..hehe



bila dah nampak macam sebati..cepat laa masukkan biskut...


nie biskut yang telah dipatah2 kan kepada saiz yang lebih kecil..buat awal2 lagi..


masukkan semua biskut ke dalam kuali..


kacau cepat2..nnti melekat..susah pulak.. 

boleh laa nak tambah kacang..penambah kesedapan kek batik!!
goreng kacang..pastu tumbuk..jangan terlalu lumat..

curahkannya ke dalam kuali...yummy3!!
bila dah semua biskut bersalut dngn vico tadi..dah boleh pindahkan ke dalam talam besi...

penyekkan sampai rata guna sudu..ikut laa nak gune apepon..asalkan rata :3


masukkan kek batik ke dalam peti sejuk selama sekurang2 nya 1 jam...
alhamdulillah..bolehlaa dibawa ke usrah..hooray..


selamat mencuba..kalu dah buat nnti..jangan lupa..pass2 laa kepada jiran antunna semua.. :0)

 Dari Abu Dzar r.a katanya : Kekasih ku (Rasulullah saw) berwasiat kepada ku : “Jika kamu memasak sayur, maka perbanyaklah kuahnya dan perhatikanlah jiran mu.” [Muslim dan lain-lain]

dan ada juga hadis yang lain:

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a : Rasulullah saw bersabda, “Sebaik-baik teman di sisi Allah adalah orang yang paling baik di antara mereka terhadap temannya. Dan sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah orang yang paling baik di antara mereka terhadap jirannya.” [Sahih, At-Tirmidzi, Ahmad, Darimi dan Hakim]


wassalam.. :)











Sunday 13 January 2013

MENGASAH BAKAT*

ASSALAMUALAIKUM..


 Hari nie just nak upload gambar yg telah di edit..nanti boleh lah jadi lajnah Penerbitan kat U..hehehe berangan sungguh..  

Gambar First:
  
Second: 



Ketiga:






Keempat:

Walaupun nampak macam tak bagi apa-apa manfaat tapi kita kene lah ubah mind set iaitu buat sesuatu untuk menyumbang manfaat kepada Islam.. 

Mungkin sekarang tak lagi tapi mungkin akan datang kalu nak wat pamplet ker,advertisement ker nak ajak gi Program Islam boleh lah edit2 untuk cantikkan pamplet tuh.. Baru anak-anak muda tertarik..hok hok.. macam kiter nie tua doh jer :)


Akhir kalam,,  Allah berfirman dalam Surah Al-An'aam - ayat 160:

"Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun)." 

Semoga setiap perkara yang dilakukan oleh diri kita dapat memberi manfaat kepada Islam...
Wassalam...(habis daaa)

Friday 11 January 2013

Bersediakah aku?

Assalamualaikum...
Malam ini,,hanya sedikit perkongsian ingin dinukilkan..
setiap insan inginkan husnulkhotimah..pengakhiran yang terbaik..dan sebaik2 pengakhiran ialah mati syahid..
 Allah telah menggambarkan bahawa para syahidin sebenarnya mereka tidak mati tetapi hidup dan mereka lebih hidup dari orang yang masih hidup..
memang pada zahirnya,mereka mati,kita mengangkat mereka ke tanah kubur,tanamkan mereka,..
tetapi sebenarnye mereka itu hidup di sisi Allah...
   Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 154:
وَلاَ تَقُولُواْ لِمَنْ يُقْتَلُ فِي سَبيلِ اللّهِ أَمْوَاتٌ بَلْ أَحْيَاء وَلَكِن لاَّ تَشْعُرُونَ

Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.




Maka,adakah mudah untuk kita  mendapatkan syahid?..Islam telah membuktikan bahawa para sahabat yang memperjuangkan islam lalu mereka gugur dalam perjuangan adalah orang2 yang mendapat syahid..

 Yup..memperjuangkan Islam.. orang yang berjihad  memperjuangkan agama Allah..sanggup mengorbankan harta,jiwa,tenaga,turut mewakafkan anak2 mereka untuk berperang seperti ibu2 di Palestin..

Bagaimana pula dengan kita??

Adakah hidupku untuk Islam?

Bersediakah kita untuk mengorbankan segalenya untuk Islam?


Dan memilih jihad jalan juang kite........
Yakinlah..Allah telah berfirman dalam Surah As-Saff ayat 10-13

“Wahai orang- orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?  (10).  Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui (11). nescaya Allah mengampuni dosa- dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai- sungai, dan ke tempat- tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang agung (12). Dan ada lagi kurnia yang lain yang kamu sukai iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat waktunya. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang- orang mukmin (13).

Sesungguhnye sememangnye mudah meniti kata-kata jihad di bibir tapi amalan yg menunjukkan jihad kita x seiring dengan kata-kata kita...

Ayuh sahabat sahabat sekalian jom bangkit berjihad di Jalan Allah.............

Sekian dari ana yang cetek ilmunya.. SELAMAT MALAM..


Saturday 5 January 2013

PROSES BERTATIH



 ASSALAMUALAIKUM..JUNDI ALLAH SEKALIAN...


Alhamdulillah..nikmat kesihatan kurnian Illahi pada hari ini..menggagahkan diri ini yang penuh dengan khilaf dan dosa untuk melakukan perubahan dengan mencipta blog..Dengan niat untuk memperoleh redhaNya.. diharap ana dapat berkongsi ilmu dengan kalian semua selagi hayat masih ada...........

erm.. untuk malam ini..jom2 sama2 kite REFRESH TUJUAN HIDUP KITER.. x len x bukan adlh untuk mengabdikan diri kepada Allah(tuhan yang mencipta kita).. Buktinya.. 

بسم الله الرحمن الرحيم
Firman Allah Ta’ala:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz –Dzariyat: 56 )

mungkin kiter merasakan beribadh hanyalah dalam konteks solat,zakat,puasa dan menunaikan haji..  tidak sama sekali.. sebenarnye,,sepanjang nafas kiter dihembuskan..ia boleh dikire sebagai ibadah.. BAGAIMANATUH? ini kerana kiter sentiasa meniatkan setiap pekerjaan kite di setiap mase adalah ikhlas kerana Allah... 
Allah S.W.T. telah berfirman:
" Akulah yang terkaya dari semua sekutu. Aku tidak berhajat kepada amal yang 
dipersekutukan yang lain-lain, maka siapa beramal lalu mempersekutukan kepada lain-
lainKu, maka Aku lepas bebas dari amal itu...
Hadis ini sebagai dalil bahawa Allah S.W.T. tidak menerima amal kecuali yang ikhlas kepada 

Allah S.W.T. Maka jika tidak ikhlas, tidak diterima dan tidak ada pahalanya. Bahkan

 tempatnya tetap dalam neraka jahannam...


 maka sahabat sekalian..ingatlah..
IKHLASKAN NIATMU DALAM BERIBADAH..SEMOGA ALLAH REDA AKAN KALIAN DAN KALIAN JUGA REDA KEPADANYA.. :) SEKIAN