blog saya


Friday 11 January 2013

Bersediakah aku?

Assalamualaikum...
Malam ini,,hanya sedikit perkongsian ingin dinukilkan..
setiap insan inginkan husnulkhotimah..pengakhiran yang terbaik..dan sebaik2 pengakhiran ialah mati syahid..
 Allah telah menggambarkan bahawa para syahidin sebenarnya mereka tidak mati tetapi hidup dan mereka lebih hidup dari orang yang masih hidup..
memang pada zahirnya,mereka mati,kita mengangkat mereka ke tanah kubur,tanamkan mereka,..
tetapi sebenarnye mereka itu hidup di sisi Allah...
   Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 154:
وَلاَ تَقُولُواْ لِمَنْ يُقْتَلُ فِي سَبيلِ اللّهِ أَمْوَاتٌ بَلْ أَحْيَاء وَلَكِن لاَّ تَشْعُرُونَ

Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.




Maka,adakah mudah untuk kita  mendapatkan syahid?..Islam telah membuktikan bahawa para sahabat yang memperjuangkan islam lalu mereka gugur dalam perjuangan adalah orang2 yang mendapat syahid..

 Yup..memperjuangkan Islam.. orang yang berjihad  memperjuangkan agama Allah..sanggup mengorbankan harta,jiwa,tenaga,turut mewakafkan anak2 mereka untuk berperang seperti ibu2 di Palestin..

Bagaimana pula dengan kita??

Adakah hidupku untuk Islam?

Bersediakah kita untuk mengorbankan segalenya untuk Islam?


Dan memilih jihad jalan juang kite........
Yakinlah..Allah telah berfirman dalam Surah As-Saff ayat 10-13

“Wahai orang- orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?  (10).  Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui (11). nescaya Allah mengampuni dosa- dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai- sungai, dan ke tempat- tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang agung (12). Dan ada lagi kurnia yang lain yang kamu sukai iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat waktunya. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang- orang mukmin (13).

Sesungguhnye sememangnye mudah meniti kata-kata jihad di bibir tapi amalan yg menunjukkan jihad kita x seiring dengan kata-kata kita...

Ayuh sahabat sahabat sekalian jom bangkit berjihad di Jalan Allah.............

Sekian dari ana yang cetek ilmunya.. SELAMAT MALAM..


No comments:

Post a Comment