blog saya


Friday, 25 January 2013

JUADAH USRAH.....

assalamualaikum..lame dah tak menaip di blog nie..idea tgoh kering laa..ape laa yg nak di kongsikan dengan sahabat semua..x per laa..just for fun..hari nie..ana nak kongsikan cara2 nak buat KEK BATIK.. boleh laa bawak g usrah..makan-makan..untuk jamuan..n etc..

bahan-bahan..
  1. 1 tin susu pekat manis
  2. 5 cawan milo/vico/chocomalt
  3. 1 paket biskut
  4. 5 sudu majerin   
cara-caranya..

                                                                     panaskan  kuali...
masukkan majerin dan kacau sehingga cair

kemudian masukkan susu pekat manis


kacau kedua-dua bahan tadi 

bila dah adunan tdi nampak macam dalam gambar..masukkan vico pulak

kacau sehingga sebati..
kacau lagi..hehe



bila dah nampak macam sebati..cepat laa masukkan biskut...


nie biskut yang telah dipatah2 kan kepada saiz yang lebih kecil..buat awal2 lagi..


masukkan semua biskut ke dalam kuali..


kacau cepat2..nnti melekat..susah pulak.. 

boleh laa nak tambah kacang..penambah kesedapan kek batik!!
goreng kacang..pastu tumbuk..jangan terlalu lumat..

curahkannya ke dalam kuali...yummy3!!
bila dah semua biskut bersalut dngn vico tadi..dah boleh pindahkan ke dalam talam besi...

penyekkan sampai rata guna sudu..ikut laa nak gune apepon..asalkan rata :3


masukkan kek batik ke dalam peti sejuk selama sekurang2 nya 1 jam...
alhamdulillah..bolehlaa dibawa ke usrah..hooray..


selamat mencuba..kalu dah buat nnti..jangan lupa..pass2 laa kepada jiran antunna semua.. :0)

 Dari Abu Dzar r.a katanya : Kekasih ku (Rasulullah saw) berwasiat kepada ku : “Jika kamu memasak sayur, maka perbanyaklah kuahnya dan perhatikanlah jiran mu.” [Muslim dan lain-lain]

dan ada juga hadis yang lain:

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a : Rasulullah saw bersabda, “Sebaik-baik teman di sisi Allah adalah orang yang paling baik di antara mereka terhadap temannya. Dan sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah orang yang paling baik di antara mereka terhadap jirannya.” [Sahih, At-Tirmidzi, Ahmad, Darimi dan Hakim]


wassalam.. :)











Sunday, 13 January 2013

MENGASAH BAKAT*

ASSALAMUALAIKUM..


 Hari nie just nak upload gambar yg telah di edit..nanti boleh lah jadi lajnah Penerbitan kat U..hehehe berangan sungguh..  

Gambar First:
  
Second: 



Ketiga:






Keempat:

Walaupun nampak macam tak bagi apa-apa manfaat tapi kita kene lah ubah mind set iaitu buat sesuatu untuk menyumbang manfaat kepada Islam.. 

Mungkin sekarang tak lagi tapi mungkin akan datang kalu nak wat pamplet ker,advertisement ker nak ajak gi Program Islam boleh lah edit2 untuk cantikkan pamplet tuh.. Baru anak-anak muda tertarik..hok hok.. macam kiter nie tua doh jer :)


Akhir kalam,,  Allah berfirman dalam Surah Al-An'aam - ayat 160:

"Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun)." 

Semoga setiap perkara yang dilakukan oleh diri kita dapat memberi manfaat kepada Islam...
Wassalam...(habis daaa)

Friday, 11 January 2013

Bersediakah aku?

Assalamualaikum...
Malam ini,,hanya sedikit perkongsian ingin dinukilkan..
setiap insan inginkan husnulkhotimah..pengakhiran yang terbaik..dan sebaik2 pengakhiran ialah mati syahid..
 Allah telah menggambarkan bahawa para syahidin sebenarnya mereka tidak mati tetapi hidup dan mereka lebih hidup dari orang yang masih hidup..
memang pada zahirnya,mereka mati,kita mengangkat mereka ke tanah kubur,tanamkan mereka,..
tetapi sebenarnye mereka itu hidup di sisi Allah...
   Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 154:
وَلاَ تَقُولُواْ لِمَنْ يُقْتَلُ فِي سَبيلِ اللّهِ أَمْوَاتٌ بَلْ أَحْيَاء وَلَكِن لاَّ تَشْعُرُونَ

Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya.




Maka,adakah mudah untuk kita  mendapatkan syahid?..Islam telah membuktikan bahawa para sahabat yang memperjuangkan islam lalu mereka gugur dalam perjuangan adalah orang2 yang mendapat syahid..

 Yup..memperjuangkan Islam.. orang yang berjihad  memperjuangkan agama Allah..sanggup mengorbankan harta,jiwa,tenaga,turut mewakafkan anak2 mereka untuk berperang seperti ibu2 di Palestin..

Bagaimana pula dengan kita??

Adakah hidupku untuk Islam?

Bersediakah kita untuk mengorbankan segalenya untuk Islam?


Dan memilih jihad jalan juang kite........
Yakinlah..Allah telah berfirman dalam Surah As-Saff ayat 10-13

“Wahai orang- orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?  (10).  Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui (11). nescaya Allah mengampuni dosa- dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai- sungai, dan ke tempat- tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang agung (12). Dan ada lagi kurnia yang lain yang kamu sukai iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat waktunya. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang- orang mukmin (13).

Sesungguhnye sememangnye mudah meniti kata-kata jihad di bibir tapi amalan yg menunjukkan jihad kita x seiring dengan kata-kata kita...

Ayuh sahabat sahabat sekalian jom bangkit berjihad di Jalan Allah.............

Sekian dari ana yang cetek ilmunya.. SELAMAT MALAM..


Saturday, 5 January 2013

PROSES BERTATIH



 ASSALAMUALAIKUM..JUNDI ALLAH SEKALIAN...


Alhamdulillah..nikmat kesihatan kurnian Illahi pada hari ini..menggagahkan diri ini yang penuh dengan khilaf dan dosa untuk melakukan perubahan dengan mencipta blog..Dengan niat untuk memperoleh redhaNya.. diharap ana dapat berkongsi ilmu dengan kalian semua selagi hayat masih ada...........

erm.. untuk malam ini..jom2 sama2 kite REFRESH TUJUAN HIDUP KITER.. x len x bukan adlh untuk mengabdikan diri kepada Allah(tuhan yang mencipta kita).. Buktinya.. 

بسم الله الرحمن الرحيم
Firman Allah Ta’ala:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz –Dzariyat: 56 )

mungkin kiter merasakan beribadh hanyalah dalam konteks solat,zakat,puasa dan menunaikan haji..  tidak sama sekali.. sebenarnye,,sepanjang nafas kiter dihembuskan..ia boleh dikire sebagai ibadah.. BAGAIMANATUH? ini kerana kiter sentiasa meniatkan setiap pekerjaan kite di setiap mase adalah ikhlas kerana Allah... 
Allah S.W.T. telah berfirman:
" Akulah yang terkaya dari semua sekutu. Aku tidak berhajat kepada amal yang 
dipersekutukan yang lain-lain, maka siapa beramal lalu mempersekutukan kepada lain-
lainKu, maka Aku lepas bebas dari amal itu...
Hadis ini sebagai dalil bahawa Allah S.W.T. tidak menerima amal kecuali yang ikhlas kepada 

Allah S.W.T. Maka jika tidak ikhlas, tidak diterima dan tidak ada pahalanya. Bahkan

 tempatnya tetap dalam neraka jahannam...


 maka sahabat sekalian..ingatlah..
IKHLASKAN NIATMU DALAM BERIBADAH..SEMOGA ALLAH REDA AKAN KALIAN DAN KALIAN JUGA REDA KEPADANYA.. :) SEKIAN

MANUSIA ITU UMPAMA LOGAM....

Rasulullah s.a.w mengumpamakan setiap manusia seperti logam.. yer antunna sekalian..logam nie bnykkan...ade emas,,tembaga,n so onlah.. maka,,jelas bahawa masing2 ade kelebihan masing2..emas dngn kelebihan emas..tembaga dengan kelebihan tembaganye..Dan sememangnye semua logam2 nie diperlukan untuk manusia..mcm kiterlah..kiter nie salinh memerlukan..sbb msing2 dikurniakan kelebihan yg tersendiri..

 HADIS LOGAM:Dari Abi Hurairah r.a, dari Rasulullah s.a.w berkata : Kamu akan dapati manusia itu seperti logam (himpunan berjenis besi-besi), baiknya mereka di waktu Jahiliyyah, baik juga mereka di waktu Islam, sekiranya mereka faquh (faham).



 Dan kamu akan dapati sebaik-baik manusia dalam urusan ini adalah yang paling kuat kebencian mereka (teelebihan tembaga.. dan setiap logam yang ade dibumi ini..memang bermanfaat dan berguna.rhadap Islam dahulu, seperti Umar Al-Khattab, Ikrimah Abu Jahal, Khalid Al-Walid), dan kamu dapat seburuk-buruk manusia berwajah dua, di mana mereka apabila datang kepada satu kaum dengan satu wajah, dan satu kaum lain dengan wajah lain (ada syarah yang mengatakan mereka itu dianggap buruk sebab mereka berperangai seperti orang munafiq) ( Muttafaq alaih- Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


 jadi..kite selalu dengar cerita sirah bahawa Umar Al-Khattab..Khalid Al-Walid..mereka sangat benci terhadap islam..tidak dapat menerima dakwah Rasulullah.. Khalid Al-Walid ingin membunuh Rasulullah.. sebenarnye..orang yang benci pada islam mempunyai semangat yang kental..berani..garang..diorang nie memang dashyat lar.. tapi apabila islam telah mereka pilih dan anuti,,wow..OSEM..memang mantap lar..hidup untuk islam.. kalu Umar Al-Khattab berani mengisytiharkan keislamannya secara public.. berhijrah ke Madinah secara open.. siap jalan2 yang dilalui oleh Umar ..memang gerun lar syaitan.. dikatakan bhw..syaitan dan Umar memang x pernah berselisih..punya lar high class aura Umar...


 dan ade sedikit lagi penambhn..kamu dapat seburuk-buruk manusia berwajah dua.. sebenarnye..nak dijelaskan disini..mcm logam berkualiti rendah..dan kalu orang pulak..dia kalu islam datang terus sahaje terima sebab keuntungan peribadi.. ikut geng islam..dia hidup lifestyle islam..tpi time msuk geng jahiliyah..dia sekali terikut dengan geng tuh.. nauzubillah.. :S


 maka..sahabat2..dlm diri antunna memang ade kelebihan .. JOMLAH GUNAKANNYA UNTUK KEBAIKAN ISLAM.. kalu antunna pandai mengarang puisi..tulis lah puisi yang osem2 psl jihad ker islam ker..n post kat pesbuk.. n mcm2 lagi lar yg antunna boleh buat..



kan ader pepatah: belakang arang kalu diasah makinkan tajam...so antunna sekalian mestilah sentiasa meningkatkan dan menggunakan kelebihan diri ini..kalu x diasah x dpt lar nak menaburkan manfaat darinye..  
terutame untuk memberikan manfaat untuk islam..nice :)

Thursday, 3 January 2013

PeMaAFNYA RASULULLAh

Jom bace Kisah Nabi dan Para Sahabat..


BUKAN HIDANGAN YG SEBENAR....
Pada suatu hari,ketika Baginda sedang berehat-rehat,seorang wanita Yahudi datang membawa hidangan yang lazat berupa kambing panggang...  Wanita itu mengetahui bhw Rasulullah  gemar memakan kambing panggang..terutama nye pade bhgian kanan atas....
Wanita tersbut tlh mnbur racun pd kambing tersebut dan yg pling bnyk pd bhgian yang disukai Baginda..  

Melihat sahaja hidngn itu,,Baginda pun berasa lapar..dengan membaca bismillah,Baginda terus mkn bersama shbt, Bisyir bin Barra bin Ma'rur.... 
Namun ketika Baginda mengunyah,,Baginda merasakn bhw mknn tersebut tlh diletk racun..Rasulullah mengeluarkan nya semula..

Sahabat Baginda tlh menjadi korban..dan meninggal dunia,,Rasulullah menyuruh wanita Yahudi tadi mengaku.. dan berterus terang"Aku mahu menguji kamu,,sekiranya kamu seorg Rasul,,pasti kamu mendpt petunjuk tentg perkara ini,,tapi jika tidak..aku akan berasa puas krn tlh menyingkirkn kamu yg tlh membw kerosakan kpd kaum Yahudi".

Rasulullah mendengar dengan tenang...selepas mendengar penjelasan tersebut,,Rasulullah memaafkan wanita itu walaupun dia selayaknya menghukun dengan hukuman yg setimpal...



                   ajaibnya sifat pemaaf Rasulullah...hanya insan yang berhati mulia yang ingin mencontohi Baginda dan mampu bermujahadah bersungguh-sungguh sahaja yang sanggup memaafkan org len :)



Wednesday, 2 January 2013

CIRI-CIRI ISLAM...



Assalamualaikum...shbt2 sekalian...
hari ini ana nak kongsikan ciri2 islam.. ramai sudah tahu tentang rukun islam dan rukun iman.. sayang sekali perkara yang penting ini tidak dimasukkan dalam sukatan pembelajaran di sekolah..